Bekalan bahan api mencukupi hingga Ogos, stok beras bertahan enam bulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api negara mencukupi sehingga Ogos ini, manakala bekalan beras termasuk stok penimbal mampu menampung keperluan negara bagi tempoh antara lima hingga enam bulan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, bekalan makanan asas seperti ayam, telur, ikan, susu dan buah-buahan pula mencukupi sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan.

Beliau berkata, kerajaan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan rantaian bekalan kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global.

“Justeru, kerajaan sedang berusaha memastikan bekalan bahan api terus terjamin supaya aktiviti harian rakyat, pengangkutan awam, logistik, perniagaan dan sektor kritikal dapat terus beroperasi.

“Penguatkuasaan terhadap pencatutan dan penyeludupan turut dipertingkat supaya tekanan global tidak dimanipulasi untuk menaikkan harga secara tidak munasabah,” katanya pada sesi penerangan mengenai krisis bekalan global di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas usaha jangka sederhana dan panjang, Akmal Nasrullah berkata, kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada pengurusan krisis semasa, sebaliknya memperkukuh ketahanan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global pada masa hadapan.

Beliau berkata, krisis bekalan global membuka ruang untuk negara menyusun semula struktur ekonomi melalui keutamaan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), termasuk meningkatkan produktiviti, memperkukuh sektor bernilai tinggi, keselamatan makanan, peralihan tenaga, pendigitalan dan pembangunan bakat.

Dalam aspek keselamatan makanan, katanya, RMK13 akan memperkukuh rantaian bekalan domestik, meningkatkan kapasiti agromakanan, mempelbagaikan sumber import serta mengurangkan kebergantungan terhadap input kritikal dari luar negara.

“Dari sudut tenaga, RMK13 akan meneruskan agenda peralihan, perluasan tenaga boleh baharu dan pengunaan sumber domestik lebih strategik.

“Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional terus diperkukuh dengan tumpuan kepada enam bidang utama,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional turut menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak produk serta perkhidmatan domestik bernilai tinggi.

“Antara lain meningkatkan produktiviti serta memperkukuh daya saing negara di peringkat antarabangsa menerusi peluasan jaringan perdagangan global, mempelbagaikan pelaburan dan pengukuhan ekosistem inovasi mapan.

Semua langkah ini penting bagi memastikan negara tidak terlalu bergantung kepada satu sumber, laluan atau pasaran sahaja,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit