Kempen PDP Dudong berjaya tambah 66 kantung bekalan darah hospital

SIBU – Sebanyak 66 kantung darah berjaya dikumpulkan menerusi Kempen Derma Darah 2026 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian N.52 Dudong Cawangan Sibu Jaya baru-baru ini.

Kempen yang mendapat kerjasama Belia Persatuan Persahabatan Zong Ho Sibu itu bertujuan meningkatkan tahap bekalan darah bagi kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan.

Program yang berlangsung di Sales Gallery Amcorp, Sibu Jaya pada Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 103 individu hadir untuk menjalani saringan kesihatan awal.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 66 orang telah melepasi saringan dan layak menderma, manakala 37 lagi tidak dapat berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat kelayakan kesihatan yang ditetapkan oleh Unit Bank Darah.

“Inisiatif ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan pendermaan darah secara berkala, sekali gus memastikan bekalan darah di hospital sentiasa berada pada paras mencukupi,” menurut pihak penganjur dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, pihak jawatankuasa penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma yang tampil secara sukarela menyumbang darah.

Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada pihak pengurusan Amcorp kerana menyediakan lokasi penganjuran, Unit Bank Darah atas komitmen perubatan, serta barisan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan program berkenaan.

Pihaknya berharap agar kempen seumpama itu dapat diteruskan sebagai acara tahunan bagi terus memupuk budaya pendermaan darah yang sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir