MoF salur RM5.5 juta untuk Ambulans Laut Langkawi – Amir Hamzah

LANGKAWI – Kementerian Kewangan (MoF) menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi melaksanakan pembelian dan kos operasi awal Ambulans Laut Langkawi yang dijangka bermula awal tahun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia bertujuan memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesihatan kecemasan yang lebih pantas dan efisien, terutamanya bagi komuniti dan pelancong di Pulau Langkawi.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata, operasi ambulans laut itu akan dikendalikan Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini dengan fokus perkhidmatan ialah urusan pemindahan pesakit dari hospital itu ke tanah besar.

“Pada masa ini, pemindahan pesakit dari Langkawi ke hospital rujukan di tanah besar masih bergantung kepada perkhidmatan feri penumpang.

“Keadaan ini semakin mencabar apabila kekerapan perkhidmatan feri dikurangkan, sekali gus mengehadkan pilihan perjalanan terutama dalam situasi kecemasan yang memerlukan pemindahan segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Amir Hamzah hadir majlis penyerahan peralatan kesihatan berjumlah RM700,000 oleh MoF kepada HSM.

Beliau berkata, perkhidmatan ambulans laut itu juga menjamin kesihatan dan keselamatan pesakit yang dipindahkan serta memastikan kerahsiaan mereka.

“Saya difahamkan ambulans laut ini boleh memuatkan dua pengusung dan 12 petugas yang akan memastikan pesakit dalam keadaan lebih selesa dan selamat semasa dipindahkan,” katanya.

Berhubung sumbangan peralatan kesihatan itu, Amir Hamzah berkata, ia bertujuan memperkukuh kapasiti HSM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan lebih cekap, moden dan berkualiti kepada penduduk Langkawi serta jutaan pelancong yang berkunjung ke pulau itu setiap tahun.

Beliau berkata, antara peralatan itu termasuk berkaitan kesihatan, teknologi maklumat (IT), perabot, kenderaan dan sistem keselamatan.

“Kita menyambut inisiatif kerajaan yang baharu termasuk pendigitalan iaitu Rekod Perubatan Elektronik (EMR) akan menjadi satu teras baharu untuk Kementerian Kesihatan (KKM).

“Di sini kita menyediakan computer on wheels dan apabila jururawat atau doktor melawat pesakit, mereka boleh memasukkan data secara terus kepada sistem dan menghubungkan wad hospital ini dengan hospital lain.

“Ini mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada pesakit. Rekod perubatan itu secara maya akan terus ada dalam sistem untuk rujukan semua yang memberi perkhidmatan kepada pesakit,” katanya.

Related Posts

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

KUCHING – Majlis Penangguhan Ngiling Bidai Dayak Muslim 2026 anjuran Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) berlangsung meriah dalam usaha mengangkat keharmonian dan kepelbagaian budaya tempatan selari syariat Islam. Timbalan Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

SHAH ALAM – Pengumuman tambang percuma selama sebulan bagi Laluan Rel Transit 3 (LRT3) Shah Alam disambut positif oleh orang ramai yang melihat kemudahan baharu itu mampu menjimatkan kos perjalanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

MoF salur RM5.5 juta untuk Ambulans Laut Langkawi – Amir Hamzah

MoF salur RM5.5 juta untuk Ambulans Laut Langkawi – Amir Hamzah

Belia Kg Pomotodon, Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

Belia Kg Pomotodon,  Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

Elak debat terbuka, Onn Hafiz dilihat gusar berdepan cabaran idea

Elak debat terbuka, Onn Hafiz dilihat gusar berdepan cabaran idea

Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI

Fahmi santuni keluarga pesakit kronik, dekati masyarakat Muar melalui Program JIWA@Komuniti MADANI