Belia Kg Pomotodon, Kg Malaka diberi peranan anjur Sukaneka MADANI, lahirkan pemimpin pelapis

INANAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, penganjuran Program MADANI Sukaneka Warga Kampung (Kg) Pomotodon menjadi platform melatih golongan belia sebagai pemimpin pelapis melalui penglibatan secara langsung dalam menguruskan program kemasyarakatan.

Beliau berkata, program yang julung kali diperkenalkan di Parlimen Sepanggar itu menjadikan Kg Pomotodon dan Kg Malaka sebagai lokasi perintis bagi menilai kesesuaian pelaksanaannya sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

“Cuma kelainan pada kali ini kita berikan tanggungjawab ini kepada belia-belia kita di kampung ini. Maksudnya, di samping mereka mengadakan aktiviti belia yang dimaklumkan seperti kejohanan badminton.

“Tapi pada masa yang sama, kita minta mereka untuk membuat program masyarakat dan tercetusnya Sukaneka MADANI dan merekalah penganjurnya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut, di sini pada Ahad.

Tambahnya, program tersebut juga merupakan satu pendekatan untuk mencari pimpinan-pimpinan pelapis di peringkat kampung.

“Kita mahu belia bukan sahaja beraktiviti mengikut minat mereka tetapi pada masa yang sama juga kita latih mereka sebagai pelapis pemimpin kita pada masa depan,” kongsinya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mustapha berkata, masih terlalu awal untuk menjangka keputusan dan menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat negeri itu untuk menentukan kepimpinan mereka.

Beliau berharap pentas politik dimanfaatkan untuk mengangkat manifesto serta aspirasi parti kepada rakyat, bukannya menyerang peribadi lawan atau memainkan isu sensitif termasuk membabitkan 3R (kaum, agama dan raja).

Jelasnya, Kerajaan MADANI akan terus menjelaskan kepada pengundi mengenai pencapaian kerajaan Persekutuan sepanjang lebih tiga tahun mentadbir, termasuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan sosial yang memberi manfaat kepada rakyat Johor.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu penganjuran Sabah Motor Day di Universiti Malaysia Sabah (UMS) perlu dibincangkan secara bersama antara pihak universiti dan mahasiswa dengan mengambil kira semua aspek sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sebagai rekod, program berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan badminton, tendang bola, melastik botol, tiup tepung dan pancing botol bagi kanak-kanak serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP