Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat sekiranya pendekatan tersebut dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Namun, pada masa yang sama, setiap tindakan hendaklah dibuat berdasarkan peraturan, tatakelola dan kepentingan rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sabah kali ke-29 di Hotel Perkasa, di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, tema persidangan pada tahun ini, ‘Memacu Inovasi, Memperkasa Komuniti’, amat bertepatan dengan keperluan pentadbiran awam pada masa kini.

“Kita berhadapan dengan perubahan yang begitu pantas. Kemajuan teknologi, perubahan ekonomi global, perubahan sosial serta peningkatan harapan rakyat terhadap perkhidmatan awam menuntut kita supaya terus memperbaiki cara kita bekerja.

“Pentadbiran kerajaan perlu lebih cekap, responsif dan berpaksikan kepada keperluan rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Pejabat Daerah merupakan antara institusi penting dalam jentera kerajaan negeri di peringkat akar umbi.

“Pegawai Daerah mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan dasar, program dan projek kerajaan dapat diterjemahkan kepada tindakan di lapangan dan pegawai bukan sahaja berperanan dalam menyelaras pembangunan daerah, tetapi turut menjadi penghubung antara kerajaan dengan rakyat,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri kini meneruskan agenda pembangunan Sabah melalui Sabah Maju Jaya 2.0 yang merupakan kesinambungan kepada asas pembangunan sebelum ini.

Namun katanya, kejayaan agenda pembangunan ini tidak hanya bergantung kepada perancangan di peringkat kerajaan negeri malah ianya bergantung kepada keupayaan seluruh jentera kerajaan untuk melaksanakannya.

“Pejabat Daerah merupakan antara institusi kerajaan yang paling hampir dengan rakyat.

“Oleh itu, peranan Pegawai Daerah dalam memastikan dasar kerajaan sampai kepada rakyat adalah sangat besar.

“Kita juga perlu melihat pembangunan negeri dalam perspektif jangka panjang. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kita telah melalui pelbagai cabaran, termasuk kesan pandemik dan ketidaktentuan ekonomi.

“Sebab itu, kesinambungan dasar dan kestabilan pentadbiran amat penting. Pembangunan tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Ia memerlukan perancangan yang konsisten, dasar yang jelas dan jentera kerajaan yang mampu melaksanakan perancangan tersebut,” jelasnya.

Justeru, beliau mahu seluruh jentera kerajaan termasuk di Pejabat Daerah, memahami hala tuju pembangunan negeri.

“Kita mempunyai perancangan, peruntukan, projek-projek yang telah dikenal pasti dan jentera kerajaan di semua peringkat.

“Apa yang diperlukan ialah penyelarasan, disiplin pelaksanaan dan komitmen untuk memastikan semua perancangan tersebut menghasilkan manfaat kepada rakyat,” tegasnya.

Related Posts

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia