Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan menjadikan sebuah pondok di kaki lima kedai makan di Pekan Roban sebagai lokasi menjual nombor loteri awam haram membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan sekitar waktu tengah hari menerusi operasi khas Op Dadu.

Menurut beliau, serbuan berkenaan dikendalikan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil risikan berterusan pihak berkuasa.

“Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menjalankan aktiviti penjualan nombor loteri awam haram secara dalam talian di sekitar Pekan Roban,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memaklumkan, susulan penahanan itu, polis turut merampas sebuah telefon pintar serta sejumlah wang tunai pelbagai nilai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan perjudian tersebut.

Mengulas lanjut, Mathew menjelaskan bahawa suspek yang berasal dari Kerupok, Saratok itu mengaku bertindak sebagai ejen jualan loteri berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan itu sebagai sumber pendapatan sampingan kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Pemuda yang masih bujang ini dipercayai mula aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak kira-kira dua minggu lalu dengan menyasarkan pelanggan di sekitar Pekan Roban,” jelasnya.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi mengenal pasti rangkaian serta pihak lain yang mungkin terlibat dalam aktiviti haram tersebut.

Related Posts

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

KUCHING – Tindakan agresif agensi penguatkuasaan di Sarawak membuahkan hasil apabila 9,554 individu ditahan manakala pelbagai jenis dadah bernilai RM50.1 juta dirampas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

KUANTAN – Pelajar sekitar Kuantan berpeluang mendalami dunia sains dan teknologi apabila Program STEM Camp – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

SMK Sungai Soi tuan rumah STEM Camp

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini