Pasaran buruh kekal stabil, pengangguran bawah 4 peratus – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Pasaran buruh negara terus menunjukkan daya tahan dengan kadar pengangguran kekal di bawah paras empat peratus walaupun ekonomi dunia berdepan ketidaktentuan dan tekanan geopolitik.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan memantau rapat perkembangan semasa, termasuk trend kehilangan pekerjaan dan pengecilan operasi syarikat bagi memastikan kesannya terhadap tenaga kerja dapat diminimumkan.

“Kadar pengangguran berubah sedikit untuk Mac, iaitu 2.9 peratus dan April kepada tiga peratus, namun perkara ini masih berada di bawah paras empat peratus, yang kita anggap sebagai penggunaan kadar tenaga guna tenaga penuh.

“Dari segi trend kehilangan pekerjaan, 6,197 pekerja hilang pekerjaan bagi Jun, sehingga 22 Jun tapi jika berbanding Mei, jumlahnya 7,766 pekerja. Jadi kita jangkakan keadaan ini boleh dikawal,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman berhubung langkah yang diambil kerajaan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengecilan operasi perniagaan susulan krisis tenaga serta ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut Akmal Nasrullah, sehingga April lalu, jumlah tenaga buruh negara meningkat kepada 17.33 juta orang, manakala jumlah penduduk bekerja mencapai 16.82 juta orang.

Beliau berkata, usaha memperkukuh peluang pekerjaan turut membuahkan hasil apabila platform MyFutureJobs merekodkan peningkatan ketara dalam penempatan pekerjaan.

Katanya, jumlah penempatan pekerjaan meningkat 55 peratus sehingga 12 Jun lalu, daripada 12,119 orang pada April kepada 18,756 orang pada Mei, menjadikan keseluruhan penempatan pekerjaan bagi tahun ini seramai 62,644 orang.

Dalam usaha menyokong kelangsungan perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan telah meluluskan pembiayaan melebihi RM700 juta kepada lebih 1,000 syarikat sehingga 18 Jun lalu.

Beliau berkata, kerajaan masih mempunyai baki pembiayaan kira-kira RM4 bilion untuk membantu PKS menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM710 juta melalui inisiatif Pemacu Anjakan Kemahiran dan Kebolehkerjaan (PACE) bagi melindungi pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja.

“Di bawah PACE ini, lebih RM580 juta kita salurkan atau sediakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperkukuh sistem insurans pekerjaan.

“Sebanyak RM100 juta disediakan untuk HRD Corp menjalankan latihan dan penempatan kerja, yang disokong platform MyFutureJobs untuk membantu padanan pekerjaan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan berhubung kemungkinan pemberian insentif kepada majikan untuk mengekalkan pekerja, beliau berkata trend kehilangan pekerjaan yang direkodkan sebelum ini lebih banyak dipengaruhi faktor penstrukturan semula operasi syarikat.

“Pemberhentian pekerja berlaku tapi pada masa sama, penting untuk kita menilai pengambilan (pekerja) itu berlaku atau tidak kerana jika pihak industri melakukan pengecilan operasi dan bersifat jangka panjang, maksudnya mereka tidak akan mengambil pekerja lagi.

“Ketika ini, bila ada berlaku gangguan sekali pun, ianya hanya bersifat sementara,” katanya.

Beliau menegaskan, data semasa menunjukkan pasaran pekerjaan negara masih berada pada landasan yang positif dengan aktiviti pengambilan pekerja terus berlangsung dalam pelbagai sektor ekonomi.

Related Posts

NACCOL dan pelbagai agensi aktif tangani kos sara hidup rakyat

KUALA LUMPUR – Ukuran kejayaan Kerajaan dalam menangani kos sara hidup perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada penurunan harga makanan, sewa rumah dan kos perkhidmatan sahaja. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

KUALA LUMPUR – Wellspire Holdings Bhd memaklumkan pengerusi bebas bukan eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah, bersara daripada lembaga pengarah syarikat. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

MINDET komited tangani kesesakan Pelabuhan Kontena Sepanggar

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Warga Filipina paling ramai ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dakwaan Puad Zarkashi terhadap istana perlu disertakan bukti bukan persepsi – Haniff Hosman

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwaan Puad Zarkashi buka pekung krisis dalaman UMNO Johor

Dakwaan Puad Zarkashi buka pekung krisis dalaman UMNO Johor