Kerajaan Selangor jawab dakwaan Pas, tampil rekod bantuan kepada rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menolak dakwaan Perwakilan Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar bahawa rakyat negeri itu masih belum menikmati manfaat daripada kekayaan Selangor, dengan menyifatkannya sebagai naratif politik yang bercanggah dengan rekod bantuan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kerajaan negeri ketika ini melaksanakan pelbagai inisiatif menerusi Iltizam Selangor Penyayang yang merangkumi 46 program dalam bidang kebajikan, kesihatan, pendidikan, perumahan, keusahawanan dan sokongan keluarga.

Katanya, antara bantuan utama ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang menyediakan bantuan RM300 sebulan kepada kira-kira 30,000 penerima dengan peruntukan sekitar RM103 juta setahun.

“Sehingga 7 April 2026, seramai 27,619 penerima direkodkan menerima manfaat program tersebut.

“Itu belum termasuk Skim Air Darul Ehsan, Jelajah Ehsan Rahmah, bantuan kesihatan, baik pulih rumah, bantuan warga emas serta pelbagai program lain yang disalurkan terus kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Menurut Saifuddin, kerajaan negeri turut memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai lebih RM130 juta yang merangkumi bantuan barangan asas, baucar kepada rakyat, subsidi pengangkutan awam, sarapan percuma di sekolah serta bantuan kepada sektor berkaitan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan dakwaan bahawa rakyat Selangor belum merasai manfaat kekayaan negeri, sedangkan pelbagai bantuan dan subsidi telah dinikmati rakyat.

“Apabila Pas mengatakan rakyat masih belum merasai manfaat kekayaan Selangor, persoalannya mudah. Mereka yang menerima BINGKAS setiap bulan itu siapa?

“Mereka yang mendapat manfaat jualan murah, subsidi, bantuan kesihatan, pendidikan dan pelbagai program kebajikan negeri itu siapa?” katanya.

Mengulas sasaran Pas untuk memenangi sekurang-kurangnya 36 kerusi DUN dan 12 kerusi Parlimen di Selangor, Saifuddin berkata perkara itu merupakan aspirasi politik yang dibenarkan dalam sistem demokrasi.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika Pas mahu menawarkan diri untuk mentadbir Selangor, parti itu perlu tampil dengan dasar dan kemampuan yang jelas, selain mengakui rekod pencapaian serta inisiatif kerajaan negeri yang sedang dilaksanakan.

Katanya, EHSAN 2030 boleh ditawarkan sebagai agenda politik Pas, namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan mengetepikan fakta mengenai usaha yang telah dilaksanakan kerajaan negeri.

“Politik yang matang bukan pertandingan siapa paling pandai mencipta persepsi, tetapi siapa yang mampu membuktikan dasar, kemampuan dan rekod kepada rakyat.

“Selangor mempunyai ruang untuk penambahbaikan dan Kerajaan Negeri akan terus memperbaiki setiap iltizam agar setara dengan keperluan semasa,” katanya.

Saifuddin berkata, perbezaan antara kritikan yang bertanggungjawab dengan propaganda politik perlu dilihat dengan jelas kerana kritikan sepatutnya menawarkan penambahbaikan, manakala propaganda hanya membina naratif dengan mengetepikan fakta.

“Rakyat Selangor cukup matang untuk membezakan kedua-duanya,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan