Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei meminta Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali memberi kepastian berhubung penganjuran debat yang dicadangkan sebelum ini, termasuk menetapkan tarikh, masa dan lokasi pelaksanaannya.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau menegaskan kesediaannya untuk menyertai debat berkenaan dan menyifatkan dirinya telah menerima cabaran yang dikemukakan Mohd Hisyamuddin, yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz.

Albert berkata, sehingga kini tiada sebarang maklumat lanjut diterimanya mengenai perjalanan program itu walaupun cabaran berkenaan telah diumumkan secara terbuka serta mendapat perhatian media.

“Susulan daripada itu, saya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung maklumat pengacara, tarikh, masa dan lokasi untuk menganjurkan majlis debat tersebut.

“Oleh yang demikian, sekali lagi saya mengesahkan sahut cabaran debat yang diutarakan melalui surat rasmi ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa surat rasmi berkaitan perkara itu telah dihantar ke pejabat JKOM di Putrajaya hari ini bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Menurutnya, cabaran debat berkenaan bukan sahaja dibuat secara terbuka, malah turut disaksikan oleh pengamal media yang hadir pada sidang media berkaitan sebelum ini.

Justeru, beliau berharap perdebatan itu dapat diteruskan seperti yang diumumkan agar tidak menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan isu berkenaan.

Pada masa sama, Albert berkata, pihak yang mencabarnya perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat sekiranya memilih untuk tidak meneruskan debat tersebut.

“Sekiranya pihak berkenaan menarik diri daripada debat tersebut, saya menuntut permohonan maaf secara terbuka dibuat dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat ini,” tegasnya.

Related Posts

Kerajaan MADANI salur RM16 bilion kepada Johor dalam tempoh tiga tahun

TANGKAK – Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan berjumlah RM16 bilion kepada Johor menerusi pelbagai projek pembangunan dan perbelanjaan kerajaan sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyertaan BRICS mula beri pulangan, bukti langkah strategik Anwar dua tahun lalu

MANFAAT yang mula dinikmati Malaysia melalui hubungan ekonomi lebih luas dengan negara anggota BRICS ketika ini membuktikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon penyertaan dalam blok ekonomi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

6,850 liter petrol disyaki diseleweng berjaya dirampas

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Albert Tei ulang sahut cabaran debat, tunggu maklum balas KP JKOM

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Suami parah ditikam ketika pertengkaran, isteri diberkas polis

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

Lima pemancing terselamat selepas bot karam dipukul ombak besar

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter

BUDI Diesel kekang ketirisan, pastikan rakyat layak nikmati subsidi RM2.10 seliter