Lima pekerja kurier dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri

GEORGE TOWN – Lima pekerja dikejarkan ke hospital selepas terdedah kepada tumpahan merkuri di sebuah pusat pengasingan barangan kurier di Jalan Terengganu di sini hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun itu merupakan dua wanita dan seorang lelaki tempatan serta dua lelaki Mynamar.

Kejadian kira-kira jam 1.03 petang itu dipercayai berpunca daripada satu bungkusan pos milik syarikat kurier yang pecah ketika proses pengasingan menyebabkan kira-kira 500 mililiter merkuri tertumpah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama Pasukan Bahan Berbahaya (Hazmat) BBP Bayan Baru dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Pasukan Hazmat BBP Bayan Baru sedang menjalankan operasi pembersihan tumpahan merkuri di sebuah syarikat kurier di Jalan Terengganu.

Menurutnya, pasukan Hazmat BBP Bayan Baru melakukan penilaian awal di lokasi sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) menjalankan kerja-kerja nyahcemar.

“Proses pembersihan dilakukan menggunakan serbuk sulfur dan peluntur bagi meneutralkan tumpahan merkuri serta mengelakkan risiko pencemaran.

“Bacaan pH di kawasan sekitar turut diambil bagi memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima mangsa yang terlibat menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Pasukan Hazmat BBP Bayan Baru sedang menjalankan operasi pembersihan tumpahan merkuri di sebuah syarikat kurier di Jalan Terengganu.

“Kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Operasi turut melibatkan anggota polis.

“Operasi yang melibatkan 17 anggota bomba dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Hazmat dan sebuah kenderaan Triton berjaya dikawal pada jam 2.33 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.06 petang,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar