KKM kaji pelaksanaan e-MC, kekang sindiket sijil sakit palsu

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital (e-MC) sebagai langkah memperkukuh integriti sistem kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kesihatan Digital KKM telah diarahkan untuk menjalankan kajian segera bagi merealisasikan peralihan daripada sistem sijil cuti sakit konvensional kepada platform digital yang lebih selamat dan dipercayai.

Menurut beliau, sijil cuti sakit hanya boleh dikeluarkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang merawat pesakit dan sebarang penyalahgunaan melibatkan dokumen tersebut merupakan kesalahan serius yang tidak akan dikompromi oleh kementerian.

“Kes salah laku etika seperti ini adalah isu yang amat serius. KKM tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan integriti profesion perubatan dan keselamatan sistem kesihatan negara.

“Mungkin ini juga merupakan isyarat jelas bahawa kita perlu bergerak ke arah sistem digital atau e-MC sebagai langkah ke hadapan bagi meminimumkan salah guna,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Dzulkefly mengulas penahanan lima individu termasuk seorang jururawat di Pekan, Pahang yang direman bagi membantu siasatan berkaitan penjualan dan pembelian sijil cuti sakit dipercayai tidak sah.

Kes itu turut mendedahkan kewujudan sindiket laman web dikenali sebagai ‘Holiday Master’ yang didakwa aktif memalsukan nama doktor dan klinik swasta untuk mengeluarkan sijil sakit palsu sejak 2016.

Beliau berkata penggunaan sistem e-MC berpotensi meningkatkan ketelusan dan memudahkan pengesahan sijil cuti sakit sekali gus mengurangkan risiko pemalsuan dokumen pada masa hadapan.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka