MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

KUALA LANGAT– Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyertai Kempen Kawalan Infestasi Lalat Tahun 2026 susulan prestasi cemerlang pihak berkuasa tempatan itu dalam melaksanakan program kesihatan persekitaran sebelum ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, pemilihan tersebut membuktikan komitmen MPKL dalam memastikan tahap kebersihan dan kesihatan persekitaran sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Pemilihan lokasi ini membolehkan usaha kawalan dan pemantauan dijalankan secara lebih berfokus bagi mengurangkan masalah infestasi lalat yang menjejaskan keselesaan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Pantai Batu Laut dipilih sebagai lokasi pelaksanaan kempen kerana kawasan itu dikenal pasti sebagai antara ‘hotspot’ gangguan lalat di daerah Kuala Langat, termasuk kawasan sekitar Ladang Batu yang sering menjadi perhatian penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Infestasi Lalat MPKL 2026 di Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut pada Sabtu.

Dalam pada itu, Borhan mengingatkan semua pihak khususnya pengusaha dan penternak agar sentiasa mematuhi aspek kebersihan serta kawalan persekitaran dalam operasi mereka.

“Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk serta menjejaskan kualiti hidup masyarakat setempat,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan kempen itu diharap dapat membantu menangani masalah infestasi lalat secara lebih berkesan, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan mewujudkan suasana yang lebih bersih, sihat serta selesa untuk penduduk dan pengunjung di kawasan berkenaan.

Related Posts

Seni mural jana sumber pendapatan belia, ekonomi setempat

TAWAU – Seni mural kini dilihat bukan sekadar karya seni di dinding bangunan, sebaliknya boleh menjadi sumber pendapatan baharu kepada golongan belia di daerah ini melalui penglibatan dalam ekonomi kreatif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah berkelompok di Limbang atasi banjir berulang

LIMBANG – Cadangan pembinaan sebuah sekolah berkelompok di Limbang bagi menangani masalah sekolah yang sering dilanda banjir mendapat sokongan positif daripada masyarakat setempat menerusi sesi libat urus yang diadakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bila buku jadi bahan sindiran politik

Bila buku jadi bahan sindiran politik

KKM kaji pelaksanaan e-MC, kekang sindiket sijil sakit palsu

KKM kaji pelaksanaan e-MC, kekang sindiket sijil sakit palsu

MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

MPKL dipilih sertai kempen Kawalan Infestasi Lalat 2026, Pantai Batu Laut lokasi tumpuan

Seni mural jana sumber pendapatan belia, ekonomi setempat

Seni mural jana sumber pendapatan belia,  ekonomi setempat

Sekolah berkelompok di Limbang atasi banjir berulang

Sekolah berkelompok di Limbang atasi banjir berulang

Kepimpinan adalah berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas – Anwar

Kepimpinan adalah berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas – Anwar