Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

MIRI – Seramai 200 individu di sekitar daerah ini menerima sumbangan keperluan harian menerusi Program Petronas Memacu Kehidupan Gawai 2026 bagi meringankan kos sara hidup.

Sumbangan tersebut diselaraskan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri bagi menceriakan sambutan perayaan golongan sasar.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin memuji inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat petroleum nasional itu yang berterusan menyantuni komuniti tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama.

“Keunikan Sarawak terletak pada kepelbagaian kaum, budaya dan agama yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Setiap musim perayaan diraikan bersama sebagai satu keluarga besar, dan nilai ini perlu terus dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian ketika merasmikan penyerahan sumbangan program berkenaan pada Jumaat. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Petronas atas peranan aktif membangunkan komuniti di Miri yang mempunyai sejarah hubungan lebih 100 tahun dengan industri minyak dan gas.

Dalam perkembangan lain, Kim Shin menegaskan Kerajaan Sarawak terus memperkasa pendidikan tinggi dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Jelas beliau, usaha melalui institusi seperti Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Sarawak Skills itu penting bagi menyokong sektor ekonomi baharu termasuk digitalisasi, tenaga hijau dan kecerdasan buatan (AI).

“Pendidikan tinggi percuma di institusi milik kerajaan Sarawak yang terpilih merupakan antara inisiatif penting bagi memastikan lebih ramai anak tempatan berpeluang melanjutkan pelajaran tanpa dibebani kos yang tinggi,” ujarnya.

Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru kerjasama erat antara kerajaan, korporat dan pertubuhan masyarakat diteruskan demi memastikan manfaat pembangunan kelestarian dinikmati secara menyeluruh.

Related Posts

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

MIRI – Keindahan pantai, panorama senja memukau dan warisan budaya tempatan menjadi tarikan utama pengamal media meneroka potensi pelancongan Miri menerusi sebuah program lawatan suai kenal, baru-baru ini. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

KUCHING – Pembangunan infrastruktur secara agresif oleh kerajaan Sarawak terus menjadi pemangkin kemajuan kawasan luar bandar, sekali gus membuka capaian kemudahan, pasaran dan peluang ekonomi kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kesejahteraan komuniti diutamakan, Petronas kongsi keceriaan Gawai bersama warga Miri

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai

Petronas santuni 200 golongan memerlukan sempena Gawai