Kerajaan Pahang komited jaga kebajikan persatuan veteran

KUANTAN – Kerajaan Pahang sentiasa mengambil berat dan menghargai sumbangan para veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga keamanan negeri dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irsdhadi Abdullah Al-Qari berkata, kebebasan dan kedamaian dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi para perwira negara terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Negeri Pahang Kali Ke-18, sebagai wakil rasmi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurut Ahmad Irsdhadi, sejak ditubuhkan pada 3 Mei 2007, PVTLDM Pahang telah melakar banyak kejayaan, khususnya dalam membela nasib ahli yang memerlukan.

“Persatuan ini memainkan peranan yang amat besar, terutama dalam membantu veteran TLDM yang berdepan masalah kesihatan serta menyalurkan bantuan pasca-banjir kepada ahli-ahli yang terkesan,” katanya.

Beliau turut memuji peranan PVTLDM Pahang sebagai pemudah cara dan penghubung yang efektif antara golongan veteran dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia serta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera.

“Langkah ini penting bagi memastikan para pesara mendapat akses kepada kursus dan latihan demi membina masa depan lebih baik selepas tamat perkhidmatan,” jelasnya.

Mengulas mengenai permohonan bantuan dikemukakan pihak persatuan, Ahmad Irshadi memberi jaminan akan mengusahakan perkara tersebut bagi memastikan kelangsungan gerak kerja persatuan.

“Berkenaan permohonan tuan-tuan dan puan-puan, saya akan usahakan dan saya percaya Kerajaan Pahang juga memahami bahawa persatuan memerlukan dana yang stabil untuk menjalankan aktiviti kebajikan, pengurusan, serta pentadbiran,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar di bawah kepimpinan Yang Dipertua PVTLDM Pahang, Awai Mohamad, serta bimbingan Penasihat Persatuan, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman, persatuan ini akan terus memacu delegasi kepimpinan cemerlang demi masa depan organisasi.

“Saya berharap semua ahli terus memberikan sokongan padu kepada barisan kepimpinan sedia ada, di samping menggesa rakan-rakan veteran yang baharu berpencen untuk menyertai persatuan ini.

“Teruskan bersama persatuan ini dan berikan sokongan kepada YDP serta semua ahli jawatankuasa. Jemputlah kawan-kawan dan taulan yang telah berhenti atau berpencen untuk sama-sama menyertai PVTLDM bagi memperkasakan lagi ukhuwah kita,” ujarnya.

Related Posts

Mereka bukan gelandangan, jiran keluarga aktivis Rohingya di Sabah tampil betulkan fakta

LAHAD DATU – Seorang wanita yang dipercayai jiran aktivis Rohingya, Noor Azizah tampil mempertikaikan kesahihan kisah tular sekali gus mendakwa terdapat beberapa maklumat yang tidak tepat mengenai latar belakang kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai platform terbaik perkukuh perpaduan kaum di Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai disifatkan sebagai platform penting bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, sekali gus menjadi asas kepada keharmonian dan pembangunan di Sarawak. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mereka bukan gelandangan, jiran keluarga aktivis Rohingya di Sabah tampil betulkan fakta

Mereka bukan gelandangan, jiran keluarga aktivis Rohingya di Sabah tampil betulkan fakta

Sambutan Gawai platform terbaik perkukuh perpaduan kaum di Sarawak

Sambutan Gawai platform terbaik perkukuh perpaduan kaum di Sarawak

Kementerian Komunikasi mahu elak lebih ramai wartawan hilang pekerjaan

Kementerian Komunikasi mahu elak lebih ramai wartawan hilang pekerjaan

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Miri intai peluang bergelar destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Infrastruktur luar bandar pemangkin ekonomi, rapatkan jurang pembangunan Sarawak

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh

Sarawak rancang perluas habitat, pasaran ikan empurau di Empangan Baleh