Kes fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya sukar dilaksanakan, berdepan cabaran undang-undang

KUALA LUMPUR – Tindakan saman fitnah sivil terhadap aktivis Rohingya, Noor Azizah berhubung tuduhan yang dikatakan tidak benar terhadap Malaysia mungkin sukar dilaksanakan dari sudut perundangan, ulas peguam, Nur Zabetha Muhammad.

Katanya, antara elemen penting dalam tuntutan fitnah sivil ialah kenyataan yang dibuat mesti merujuk secara jelas kepada individu atau pihak tertentu yang mendakwa dirinya telah difitnah.

Tambahnya lagi, jika kenyataan dibuat secara umum terhadap negara, kerajaan atau institusi tertentu tanpa menamakan individu secara khusus, ia tidak memenuhi elemen asas bagi tindakan fitnah sivil.

“Pada pandangan saya, tindakan saman fitnah secara sivil tidak begitu sesuai dan tidak memenuhi elemen fitnah tuntutan sivil.

“Namun begitu, tidak bermakna tiada tindakan langsung yang boleh diambil. Sekiranya tuduhan serius dibuat terhadap negara, pihak berwajib seperti KDN (Kementerian Dalam Negeri) atau agensi berkaitan wajar tampil memberikan penjelasan dan memperbetulkan fakta agar kekeliruan awam tidak terus berlarutan untuk menangkis dakwaan tersebut,” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Mengulas isu kebebasan bersuara, beliau berkata hak tersebut dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun tertakluk kepada batasan undang-undang termasuk berkaitan fitnah, hasutan, kenyataan palsu, ugutan jenayah dan perbuatan yang boleh mencetuskan kegentaran awam.

“Kenyataan balas terhadap sesuatu dakwaan yang dibuat secara terbuka bukan bermaksud menyekat kebebasan bersuara. Dalam masyarakat demokratik, perbezaan pendapat, perdebatan dan kritikan balas adalah sesuatu yang normal,” katanya.

Beliau berpandangan Malaysia memerlukan mekanisme kawalan dan kerangka perundangan yang lebih jelas dalam menangani isu pelarian bagi memastikan keseimbangan antara nilai kemanusiaan dan kepentingan negara dapat dipelihara.

Terdahulu, Noor Azizah mengeluarkan kenyataan tidak berasas dengan mendakwa etnik itu ditindas di Malaysia ketika berucap dalam satu program di sebuah universiti di Australia.

Aktivis itu turut mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di negara ini kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi berbanding berada di dalam bilik darjah.

Hal itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia dan percaya ada dalang yang mahu Malaysia dipandang negatif di peringkat antarabangsa.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

PN digantung: Ujian pertama Samsuri bukan sekadar menukar wajah kepimpinan

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka

Pas akui ada kekuatan tapi masih mahu bersama ‘abang long’ UMNO di PRN Melaka