Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri telah mempersetujui pelantikan Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, berkuat kuasa mulai 29 Jun 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah pada Khamis, Datuk Zainudin Aman yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Sr Safar Untong yang akan bersara pada 28 Jun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelantikan itu mencerminkan keyakinan kerajaan negeri terhadap keupayaan dan pengalaman beliau untuk menerajui Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke arah yang lebih cemerlang, progresif dan berdaya saing.

Tambahnya, langkah itu selaras dengan usaha memperkukuh transformasi pentadbiran negeri serta memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Sabah.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Sr Safar atas khidmat bakti beliau yang cemerlang, penuh dedikasi, berhemah dan berintegriti sepanjang menerajui jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri sejak tahun 2019.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Datuk Seri Sr Safar juga telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Jabatan Ketua Menteri, berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Pelantikan tersebut mencerminkan keyakinan kerajaan negeri terhadap pengalaman dan kepimpinan beliau untuk terus menyumbang kepada agenda pembangunan Sabah melalui sektor korporat berkaitan kerajaan.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi