Polis tahan tiga lelaki kes samun bersenjata di Kuching

KUCHING – Tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kejadian samun menggunakan senjata di Jalan Song Thian Cheok pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penahanan kesemua suspek dibuat oleh sepasukan polis secara berasingan pada jam 2.45 pagi dan 10.15 pagi, Rabu (17 Jun) susulan aduan yang diterima pada awal pagi 31 Mei lalu.

Menurutnya, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga FLX berwarna putih dan tiga unit telefon bimbit iaitu iPhone 11 Pro dan Samsung Galaxy A17.

“Pakaian yang dipercayai diguna pakai oleh suspek sewaktu menjalankan kegiatan jenayah tersebut turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Semakan awal mendapati dua daripada tiga suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Beliau menambah, Majistret Kuching meluluskan permohonan reman terhadap kesemua suspek selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan bersenjata.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Sementara itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan kediaman masing-masing termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera.

“Pastikan pintu dan pagar sentiasa berkunci khususnya pada waktu malam. Maklumat mengenai aktiviti mencurigakan boleh disalurkan segera kepada polis di talian 082-244444,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills