JPNS sambut baik Tribunal Anti-Buli, komited lindungi murid dan tangani pembuli

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyambut baik penubuhan Tribunal Anti-Buli yang dilancarkan pada semalam oleh Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang sebagai satu usaha memperkukuh perlindungan dan kesejahteraan murid di institusi pendidikan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pihaknya sentiasa memandang serius isu buli di sekolah dengan meletakkan aspek keselamatan dan kebajikan murid sebagai keutamaan utama.

“Kita tidak mahu melindungi pembuli walaupun mereka murid kita, kalau melakukan perkara itu mereka juga tidak terlepas daripada hukuman yang bakal diterima.

“Namun begitu, JPNS dan pengetua sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif dan intervensi untuk mengelakkan kes buli di sekolah kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan tribunal tersebut yang turut melibatkan pelajar sekolah serta Jabatan Pendidikan sebagai salah satu lokasi pendengaran.

Dalam pada itu, Raisin berkata, JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif serta intervensi bagi mencegah kes buli daripada berlaku.

“Jabatan turut menggunakan instrumen psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan, minat, tabiat dan tingkah laku murid, termasuk mengesan kumpulan yang berisiko terlibat dalam kegiatan buli.

“Kita mengenal pasti murid yang berisiko membuli kerana latar belakang mereka berbeza-beza dan faktor itulah yang mungkin mempengaruhi tingkah laku mereka.

“Namun, JPNS amat prihatin terhadap masa depan anak-anak ini. Walaupun mereka mempunyai kecenderungan untuk membuli, kita tidak membiarkan mereka begitu sahaja, sebaliknya mereka perlu dibantu melalui intervensi yang bersesuaian,” katanya.

Beliau menegaskan, pendekatan pencegahan dan pemulihan yang dilaksanakan JPNS bertujuan memastikan semua murid, termasuk mereka yang berisiko, berdasarkan instrumen yang kita gunakan untuk mengenal pasti minat, kecenderungan, tabiat serta tingkah laku murid di sekolah.

Terdahulu, Raisin mengumumkan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 bagi Negeri Sabah yang berlangsung di Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), di sini pada Khamis.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi