KOPEKS perluas peranan dalam pelbagai sektor, bantu tingkat akses kesihatan rakyat

KOTA KINABALU – Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) terus membuktikan keupayaannya sebagai pemain ekonomi yang dinamik apabila kini terlibat dalam pelbagai bidang strategik termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu, kesihatan, pusat dialisis, pembangunan perumahan, import dan eksport serta penerbitan media.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkembangan itu membuktikan koperasi bukan sahaja berperanan sebagai platform kebajikan anggota, malah mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara lebih menyeluruh.

“Antara bidang yang kini diceburi KOPEKS termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu, kesihatan, pusat dialisis, pembangunan perumahan, import dan eksport serta penerbitan media, sekali gus membuktikan koperasi mampu menjadi pemain ekonomi yang lebih dinamik.

“Penglibatan dalam sektor kesihatan khususnya melalui pengambilalihan beberapa klinik swasta memberi manfaat langsung kepada anggota kerana membolehkan mereka mendapatkan rawatan pada kos yang lebih berpatutan.

“Langkah itu juga membuktikan koperasi mempunyai potensi besar untuk membantu kerajaan memperluaskan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-49 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) serta melancarkan akhbar komuniti Kinabalu Media, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Hajiji menyambut baik perancangan KOPEKS untuk menubuhkan pusat dialisis memandangkan keperluan terhadap kemudahan berkenaan terus meningkat, dengan jumlah pesakit buah pinggang di Sabah kini melebihi 2,000 orang.

Menurutnya, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh perkhidmatan rawatan dialisis di Sabah.

“Kerajaan Negeri sendiri telah mengambil langkah proaktif dengan menyumbangkan 100 unit mesin hemodialisis bernilai RM4.5 juta kepada 23 hospital kerajaan dan dua klinik kesihatan di seluruh Sabah pada tahun 2024 bagi meningkatkan kapasiti rawatan pesakit.

“Saya berharap pusat dialisis yang bakal diwujudkan nanti menawarkan caj yang berpatutan supaya lebih ramai pesakit dapat menerima rawatan tanpa terbeban dengan kos yang tinggi,” jelasnya.

Pada masa sama, Hajiji berkata, pelancaran Kinabalu Media turut membuktikan komitmen KOPEKS dalam memperkukuh budaya ilmu serta menyediakan platform penyampaian maklumat yang sahih, berkualiti dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Katanya, walaupun era digital berkembang pesat, penerbitan bercetak masih memainkan peranan penting dalam menyampaikan laporan yang lebih mendalam dan analisis yang berkualiti.

“Dalam era media digital yang berkembang pesat, penerbitan bercetak masih mempunyai peranan penting menyediakan laporan yang lebih mendalam, analisis yang berkualiti dan dokumentasi pelbagai isu semasa.

“Kerajaan Negeri melihat media sebagai rakan strategik dalam usaha membangunkan negeri serta memperkukuhkan perpaduan rakyat, termasuk menjayakan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh