Mukah jadi tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026

MUKAH – Bandar ini bakal menjadi tumpuan ratusan golongan muda seluruh Sarawak apabila dipilih sebagai tuan rumah Program Bakti Belia MADANI 2026 peringkat negeri yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Program bertemakan ‘Belia Prihatin, Komuniti Sejahtera’ itu bakal menghimpunkan peserta untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kepimpinan serta pembangunan komuniti secara langsung di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif tersebut bertujuan memperkasakan peranan anak muda sebagai ejen perubahan yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Sebanyak lima kampung telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program iaitu Kampung Datuk, Kampung Sungai Ragei, Kampung Sungai Pegei, Kampung Penakub Permai dan Kampung Tellian Laut.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk berbakti kepada masyarakat, malah menjadi platform bagi mereka memahami kehidupan di luar bandar serta menghargai kepelbagaian budaya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, keunikan utama penganjuran kali ini ialah pelaksanaan konsep keluarga angkat dengan menempatkan setiap peserta bersama keluarga terpilih di kampung-kampung terlibat sepanjang tempoh program berlangsung.

Tambahnya, pendekatan tersebut memberi peluang keemasan kepada peserta untuk mendalami kehidupan sebenar masyarakat setempat merangkumi aspek sosioekonomi, adat resam dan seni budaya unik kawasan tersebut.

Selain aktiviti khidmat bakti, program itu turut menampilkan slot ‘Randau Belia’ berkonsepkan sesi dialog santai.

Ia bertujuan memberi ruang kepada golongan muda berkongsi pandangan mengenai isu semasa serta melontarkan idea berkaitan hala tuju pembangunan belia pada masa hadapan.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi (IPT) selaku rakan strategik.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh