Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

KUALA LUMPUR – Segala urusan harian rakyat kini lebih mudah apabila pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dihimpunkan dalam satu platform menerusi aplikasi MyGOV Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, aplikasi berkenaan membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan tanpa perlu menggunakan portal atau aplikasi berbeza.

Menurut beliau, antara perkhidmatan yang boleh diakses menerusi MyGOV Malaysia termasuk urusan lesen memandu, cukai jalan, semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pasport, janji temu klinik kerajaan dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Tidak perlu lagi cari perkhidmatan kerajaan di merata tempat. Kita sudah kumpulkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi, supaya urusan rakyat menjadi lebih mudah dan lancar,” katanya menerusi hantaran video di media sosialnya, semalam.

Fahmi berkata, aplikasi itu turut menyediakan kemudahan semakan Wang Tak Dituntut (WTD), manakala lebih banyak perkhidmatan kerajaan akan diintegrasikan secara berperingkat.

Katanya, MyGOV Malaysia turut dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) dikenali sebagai ‘AI Chat’ yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat serta jawapan berkaitan perkhidmatan kerajaan secara terus.

“Objektif kita mudah, kita bawa seluruh perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat dalam satu aplikasi yang serba lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai memanfaatkan kemudahan digital berkenaan dengan memuat turun aplikasi MyGOV Malaysia bagi memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan kerajaan.

Related Posts

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

KUALA LUMPUR – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa muatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa