Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

KUALA LUMPUR – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lalu.

Menurut beliau, pesawat berkenaan hanya dinaiki tiga individu iaitu seorang juruterbang warga Singapura, pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina.

“Dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia.

“Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila,” katanya, seperti dipetik berita tempatan, hari ini.

Hussein berkata, berdasarkan kronologi yang dikongsi pihak berkuasa Laos, pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Katanya, kira-kira dua jam kemudian, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kakitangan membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan ke pesawat.

“Pemeriksaan ke atas kesemua 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 521 kg,” katanya.

Susulan operasi itu, pihak berkuasa Laos menahan 13 individu termasuk tiga yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.

Turut ditahan ialah 10 warga Laos yang terdiri daripada tiga kakitangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan tujuh kakitangan yang mengendalikan mesin pengimbas sinar-X.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa Laos.

Sementara itu, Hussein berkata, PDRM turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat bagi merakam percakapan suspek.

Katanya, langkah itu bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sindiket dadah yang terlibat, termasuk kemungkinan pembabitan anggota sindiket di Malaysia.

Kenyataan terbaharu itu memperjelas bahawa pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa dadah ketika berlepas dari Subang, sebaliknya muatan methamphetamine itu dipercayai diperoleh selepas pesawat tiba di Laos.

Related Posts

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

PENGHANTARAN pulang secara sukarela tahanan warga Myanmar dari depot imigresen perlu dilaksanakan dengan kerangka yang jelas bagi memastikan aspek kedaulatan negara dan kemanusiaan terus dipelihara. Pengarah, Pusat Penyelidikan Populasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan