Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

PENGHANTARAN pulang secara sukarela tahanan warga Myanmar dari depot imigresen perlu dilaksanakan dengan kerangka yang jelas bagi memastikan aspek kedaulatan negara dan kemanusiaan terus dipelihara.

Pengarah, Pusat Penyelidikan Populasi dan Migrasi, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Mashitah Hamidi berkata, fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela membabitkan 5,000 tahanan depot imigresen mendapat pelbagai reaksi.

Katanya, ia termasuk respon daripada rakyat yang melihatnya sebagai tindakan yang sudah lama ditunggu, selain persoalan mengenai keselamatan dan nasib mereka yang dihantar pulang.

“Jumlah tahanan di depot imigresen meningkat daripada kira-kira 12,000 orang pada 2023 kepada lebih 20,000 tahun ini, dengan kos purata sekitar RM90 seorang sehari.

“Negara membelanjakan hampir RM1.9 juta sehari untuk sistem yang sesak dan tiada titik akhir yang jelas,” katanya dalam satu analisis.

Pada masa sama, Malaysia menampung lebih 215,000 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR, yang majoritinya berasal dari Myanmar, meskipun negara ini tidak mempunyai perjanjian dengan Konvensyen Pelarian 1951.

Katanya, keadaan itu menjelaskan desakan Perdana Menteri supaya Myanmar turut bertanggungjawab terhadap rakyatnya, namun dasar awam tidak boleh dinilai berdasarkan niat semata-mata sebaliknya turut mengambil kira cara ia dilaksanakan dan diterima.

Mashitah berkata, langkah pemulangan itu ditafsir secara berbeza oleh pelbagai pihak.

“Rejim tentera Myanmar melihat peluang kerana setiap perjanjian dua hala menambah sedikit legitimasi kepada kerajaan yang dipinggirkan ASEAN sendiri sejak rampasan kuasa 2021.

“UNHCR, yang tidak terlibat dalam proses ini, bersama puluhan kumpulan hak asasi menegaskan Myanmar masih dilanda perang saudara dan belum selamat untuk pemulangan,” katanya.

Beliau berkata, komuniti pelarian termasuk Rohingya dan Chin juga mungkin melihat perkembangan itu sebagai isyarat bahawa tempoh perlindungan mereka di Malaysia semakin singkat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Malaysia mengetengahkan kerangka “Perlindungan Terurus dan Keluar Bermaruah” yang berteraskan empat pendekatan.

“Pertama, individu yang tidak dapat pulang dengan selamat, termasuk Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan oleh Myanmar, perlu diberikan status sementara yang jelas dan bertempoh, selain hak bekerja secara terkawal.

“Kedua, proses pengesahan perlu dilakukan sebelum pemulangan bagi memastikan setiap individu disemak melalui rekod pendaftaran termasuk pangkalan data UNHCR, sekali gus mengelakkan pelarian atau pencari suaka dihantar pulang secara tersilap.

“Ketiga, kesukarelaan pemulangan perlu dapat dibuktikan dan bukan sekadar diisytiharkan, manakala pemantauan bebas oleh SUHAKAM serta susulan selepas ketibaan melalui rakan ASEAN atau agensi antarabangsa wajar dilaksanakan.

“Keempat, Malaysia disaran memainkan peranan lebih aktif dalam rundingan laluan keluar, termasuk pemulangan apabila keadaan selamat, penempatan semula ke negara ketiga serta tekanan berterusan terhadap Myanmar melalui ASEAN bagi menangani punca krisis,” katanya lagi.

Mashitah berkata, pendekatan sedemikian boleh memberi manfaat kepada pelbagai pihak, termasuk mengurangkan tempoh tahanan dan kos kerajaan, selain menyediakan mekanisme yang lebih jelas kepada pelarian.

“Malaysia tidak perlu memilih antara kedaulatan dan kemanusiaan. Pilihan palsu itu hanya menguntungkan mereka yang mahu isu ini kekal sebagai polemik,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia berhak menuntut Myanmar menerima semula rakyatnya, namun pada masa sama perlu memastikan tiada individu dihantar pulang ke tempat yang membahayakan mereka atas alasan penjimatan.

“Ujian sebenar Malaysia bukan pada berapa ramai yang berjaya dihantar pulang. Ujiannya ialah sama ada dunia, dan kita sendiri, masih boleh mempercayai kata-kata kita apabila kita bercakap tentang kemanusiaan,” katanya.

Related Posts

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

KUALA LUMPUR – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa muatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan