England atasi Croatia 4-2, Kane sumbat 2 gol

ENGLAND memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan 4-2 ke atas Croatia menerusi dua jaringan Harry Kane, serta masing-masing satu gol daripada Jude Bellingham dan pemain gantian Marcus Rashford.

Kane membuka tirai jaringan pada minit ke-12 melalui sepakan penalti ulangan, sebelum Croatia menyamakan kedudukan 24 minit kemudian apabila Martin Baturina memanfaatkan kelemahan bahagian tengah England dan melepaskan rembatan yang sempat disentuh Jordan Pickford namun gagal dihalang.

Kane kemudian menyamai rekod jaringan England dalam sejarah Piala Dunia iaitu 10 gol milik Gary Lineker selepas menanduk masuk hantaran sudut Declan Rice pada minit ke-42.

Namun Croatia kembali menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama, apabila Petar Musa menyempurnakan hantaran tandukan Ivan Perisic sebelum meledak bola menewaskan Pickford.

Bersambung babak kedua, England kembali mendahului dua minit selepas rehat apabila Bellingham meluru dari tengah padang hasil lorongan Elliot Anderson sebelum melepaskan rembatan rendah yang menerjah tiang gol.

Rashford kemudian memastikan kemenangan England menerusi gerakan serangan balas pada minit ke-85.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Barcelona buka kempen belasah Elche 5-0

BARCELONA memulakan misi mempertahankan gelaran LaLiga dan memburu kejuaraan ketiga berturut-turut dengan kemenangan 5-0 ke atas Elche, awal pagi tadi. Raphinha dan Fermin Lopez masing-masing meledak dua gol ketika Barcelona…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion