Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

MIRI – Pengamal media tempatan dan antarabangsa berpeluang mengenakan busana tradisional pelbagai etnik Sarawak bagi mendalami warisan budaya negeri menerusi program lawatan suai kenal, Miri In-depth Experience.

Program anjuran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man itu bertujuan memperkenalkan keunikan budaya, makanan serta produk pelancongan tempatan.

Menerusi aktiviti tersebut, peserta bukan sahaja dapat menatap keindahan pakaian masyarakat Sarawak, malah memahami sejarah, identiti dan nilai budaya yang terkandung pada setiap busana yang dipamerkan.

“Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan budaya tempatan diharap dapat membantu media menghasilkan liputan yang lebih mendalam dan autentik mengenai kepelbagaian warisan Sarawak.

“Ia sekali gus mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan budaya yang menarik,” kata Choon Man.

Mengulas lanjut mengenai program itu, beliau berkata inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh promosi pelancongan Miri dengan memberi ruang kepada pihak media merasai sendiri pengalaman unik yang ditawarkan di bandar raya peranginan berkenaan.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial