Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

EVELINE B. & NANA MOHAMAD

KANOWIT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana menegaskan konsep ‘Segulai Sejalai’ kekal menjadi asas penting bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum di kawasan itu.

Beliau berkata, konsep berkenaan menekankan semangat bergerak sebagai satu pasukan serta saling membantu agar masyarakat dapat bersaing secara sihat untuk mencapai kemajuan.

“Semua pihak perlu terus bekerjasama melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya pembangunan yang dinikmati bergerak seiring dengan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai di kediamannya pada Selasa.

Tambah Anyi, nilai murni di bawah konsep Malaysia MADANI juga perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat.

“Konsep ini perlu terus diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat melalui nilai saling memahami, hormat-menghormati dan meraikan kepelbagaian demi memperkukuh perpaduan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan penduduk agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih bagi mengelakkan kekeliruan akibat ancaman berita palsu berpandukan prinsip ‘Wadah Bangsa, Suara Negara’.

Menyentuh mengenai pendidikan, Anyi memaklumkan pencapaian akademik di kawasan Ngemah semakin memberangsangkan apabila 69 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nanga Dap dan SMK Sedaya berjaya memperoleh keputusan 3A dan ke atas.

Sementara itu, ADUN Meluan, Datuk Rolland Duat Jubin yang turut hadir berkata, pendidikan merupakan kunci utama kemajuan masyarakat dan perlu diutamakan seiring dengan pembangunan infrastruktur.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, Rolland turut menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 kepada Persatuan Tuai Rumah Daerah Kanowit sebagai menghargai peranan serta jasa mereka kepada komuniti setempat.

Related Posts

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional. KKR dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia