Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

KUALA LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sifat ihsan dan perikemanusiaan diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau membiarkan pihak tertentu melangkaui batas ditetapkan undang-undang.

Baginda bertitah, kebelakangan ini rakyat semakin gusar apabila melihat segelintir golongan yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

Titahnya, dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan, namun mereka yang menerima layanan tersebut perlu memahami adab, menghormati undang-undang dan mengetahui batas kedudukan masing-masing.

“Kebelakangan ini, rakyat semakin gusar apabila melihat golongan tertentu yang pada asalnya diterima atas dasar kemanusiaan, kini semakin berani mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak selari dengan kedudukan mereka di negara ini.

“Dalam adat Melayu dan ajaran Islam, tetamu sentiasa dimuliakan. Namun, tetamu yang mengenal adab akan tahu menghargai budi, menghormati undang-undang dan memahami batas dirinya.

“Jangan sampai biduk yang ditumpangkan akhirnya mahu menentukan haluan nakhoda. Jangan sampai kerana terlalu murah hati, tuan rumah pula dipersoalkan haknya di rumah sendiri,”titahnya, seperti dilapor Kosmo Online.

Al Sultan Abdullah bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1448 Hijrah/2026 Masihi di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.

Tambah baginda, peristiwa hijrah Rasulullah yang dihayati umat Islam pada hari ini memberi pengajaran bahawa sesebuah masyarakat tidak dapat dibina hanya berasaskan belas ihsan semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuhkan dengan keadilan, kedaulatan dan undang-undang.

Related Posts

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial