Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari tempat rangka manusia pertama ditemukan pada 26 Julai lalu.

Memetik laporan Kosmo!, tulang berkenaan ditemukan di dalam guni reput di tebing sungai di belakang sebuah rumah kira-kira pukul 11 pagi sebelum polis menjalankan pemeriksaan di lokasi.

Saksi, Roslan Md. Isa, 61, berkata, dia menemui guni berkenaan ketika membersihkan kawasan belakang rumah yang baru dibelinya kira-kira dua bulan lalu.

“Saya sedang meracun dan membersihkan halaman belakang rumah bersama seorang rakan sebelum ternampak beberapa tulang bersaiz agak panjang di dalam guni reput di tebing sungai.

“Apabila melihat tulang itu, saya terus teringat penemuan rangka manusia di kawasan kebun berhampiran sebelum menghubungi Balai Polis Simpang Empat untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya hari ini.

Roslan berkata, kawasan tersebut sebelum ini dipenuhi semak-samun dan belukar menyebabkan guni reput itu tidak disedari sebelum kerja pembersihan dijalankan.

Tinjauan mendapati lokasi penemuan terbaharu itu hanya kira-kira 200 meter dari kawasan kebun tempat rangka manusia ditemukan pada 26 Julai lalu.

Penemuan itu turut menarik perhatian penduduk apabila beberapa anggota polis bersama pasukan forensik dilihat menjalankan siasatan dan mengumpul bahan bukti di lokasi.

Terdahulu, media melaporkan rangka manusia pertama ditemukan seorang lelaki ketika melakukan kerja meracun di sebuah kebun di Behor Mali pada 26 Julai lalu sebelum polis mengesahkan ia merupakan tulang manusia.

Kes berkenaan kini disiasat sebagai kes mati mengejut, namun polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa serta menentukan sama ada wujud unsur jenayah.

Setakat ini, bemanakala hasil pemeriksaan forensik dijangka menentukan identiti serta jenis tulang yang ditemukan.

Foto: Media sosial

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik