Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

KAZAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, Persekutuan Rusia, selama dua hari bermula esok.

Wisma Putra memaklumkan, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta pegawai kanan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Sidang kemuncak itu diadakan bersempena ulang tahun ke-35 hubungan ASEAN-Rusia yang terjalin sejak 1991 di Kuala Lumpur.

Menurut Wisma Putra, pertemuan berkenaan akan menjadi platform bagi ASEAN dan Rusia menilai pencapaian kerjasama yang telah dilaksanakan, selain merangka hala tuju baharu di bawah Perkongsian Strategik ASEAN-Rusia.

Antara bidang yang dijangka diberi tumpuan ialah perdagangan dan pelaburan, tenaga, keterjaminan makanan, ekonomi digital, sains dan teknologi, kebudayaan, pendidikan, pelancongan serta hubungan sesama rakyat.

Pemimpin ASEAN dan Rusia juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa.Sidang kemuncak itu dijangka menerima pakai empat dokumen utama, iaitu Deklarasi Kazan mengenai Ulang Tahun ke-35 Hubungan ASEAN-Rusia, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Tenaga, Kenyataan Bersama mengenai Kerjasama Kebudayaan dan Pelan Tindakan Komprehensif bagi Melaksanakan Perkongsian Strategik ASEAN-Russia 2026-2030.

Menurut Wisma Putra, dokumen berkenaan akan menjadi panduan dalam memperkukuh kerjasama ASEAN-Rusia pada masa hadapan serta menyokong pembinaan perkongsian yang lebih berdaya tahan dan berorientasikan masa depan.

“Penyertaan Malaysia mencerminkan komitmen negara untuk memperkukuh hubungan luar ASEAN, mengetengahkan ASEAN Centrality (Kepusatan ASEAN) dan memajukan kerjasama praktikal dengan Rakan Dialog dalam persekitaran global yang semakin kompleks,” maklum kenyataan itu.

Semasa berada di Kazan, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, dan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.

Beliau turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara anggota ASEAN bagi membincangkan hubungan dua hala serta isu berkepentingan bersama.

Related Posts

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

PUTRAJAYA – Malaysia dan Timor-Leste bersetuju meneroka potensi kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai sektor strategik, termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, bagi merangsang pertumbuhan mampan di kedua-dua negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi