Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

LAHAD DATU – Impian memiliki kediaman sendiri bertukar menjadi beban apabila sepasang suami isteri terpaksa menyewa bilik selepas rumah yang dibeli didapati terbengkalai dan tidak dapat diduduki.

Difahamkan, pasangan berkenaan telah membeli rumah tersebut dengan harapan dapat menetap secara tetap sejak 21 tahun lalu, namun projek berkenaan di Taman Khazanah Indah tidak disiapkan seperti dijanjikan.

Jumasni Jafar, 50-an, berkata, keadaan itu menyebabkan mereka dan empat anaknya terpaksa berhimpit di sebuah bilik sewa yang sempit selain masih perlu membayar ansuran rumah yang diharapkan menjadi kediaman keluarga.

“Saya tunggu rumah itu kerana itulah harapan saya. Kalau saya ambil rumah lain, banyak lagi komitmen yang perlu ditanggung, sedangkan umur saya sudah meningkat.

“Kami kini membayar RM300 sebulan untuk sewa bilik RM600 ansuran rumah serta RM1,000 sewa gerai,” katanya kepada media, pada Rabu.

Jumasni berkata, mereka hanya bergantung kepada pendapatan berniaga gerai makan kecil sementara suaminya pula bekerja sebagai anggota keselamatan RELA bagi menyara keluarga.

“Beban paling berat ialah fikiran kerana itu hak saya. Saya tidak ambil hak orang, saya cuma mahu hak saya kerana saya sudah membayar.

“Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana bukan saya seorang, ramai lagi pembeli lain yang menunggu.

“Ada yang sudah meninggal dunia dan waris terpaksa menuntut hak mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerajaan negeri mengambil maklum isu pembeli yang masih belum memperoleh hak pemilikan kediaman mereka.

Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Management Corporation (MC) yang mempunyai kaitan dengan usaha menangani beberapa isu pengurusan dan pemilikan hartanah.

“Kita akan mengenal pasti usaha untuk membantu golongan berkenaan. Baru-baru ini juga berlaku perkara sama di sebuah daerah lain berhubung kelewatan mereka mendapat hak memiliki.

“Perkara ini akan kita selesaikan dari semasa ke semasa. Kita akan membantu mana yang boleh kerana ini tanggungjawab kita dan kita bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan kemaslahatan rakyat,”ujarnya.

Difahamkan, Projek Taman Khazanah Indah membabitkan rumah jenis semi-D dan sudah melalui pertukaran pemaju sebanyak tiga kali disamping kira-kira 20 pembeli masih menunggu penyelesaian rumah mereka.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO