Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.15 petang, semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.

Sementara itu pelawak, Amir Raja Lawak dalam satu hantaran di Facebook berkongsi mengenai berita sedih itu.

“Semoga arwah abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang – orang beriman,” katanya.

Sebelum itu Amir turut memaklumkan Allahyarham Kamarool ditidurkan selepas saluran jantungnya tersumbat.

Antara lakonan yang meninggalkan kesan mendalam di kalangan peminat Cik Man adalah watak Zack – ketua kumpulan Gagak Hitam dalam filem Gila – Gila Remaja.

Selain itu Cik Man juga meletup menerusi filem Rock dan Rock Oo.

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO