Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan.

Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga baharu RON97 ditetapkan pada RM4.35 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.77 seliter dan diesel tanpa subsidi RM4.57 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

“Walaupun harga minyak mentah Brent melepasi USD90 setong pada minggu lalu, penurunan pada penghujung tempoh pengiraan harga Automatic Pricing Mechanism (APM) telah menyebabkan harga petroleum tanpa subsidi dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal tidak berubah, iaitu BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada RM2.10 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

Dalam perkembangan sama, MOF menjelaskan, keadaan geopolitik yang kekal tidak menentu, termasuk perkembangan berkaitan usaha perdamaian yang berubah dari hari ke hari, terus menyebabkan turun naik ketara dalam pasaran minyak dunia.

Menurut MOF, harga petroleum kekal sensitif terhadap risiko gangguan bekalan sekiranya laluan perkapalan utama, khususnya Selat Hormuz dan Laut Merah, terjejas susulan peningkatan konflik.

“Selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu ketidaktentuan pasaran dunia,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan MADANI bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global menerusi penyediaan subsidi bersasar BUDI95, BUDI Diesel, SKDS dan SKPS.

Related Posts

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan sekadar memenuhi keperluan pelaporan kepada Parlimen, malah menjadi instrumen penting untuk mendorong tindakan pembetulan serta penambahbaikan dalam pengurusan sektor awam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR