Belgium-Mesir sekadar seri

BELGIUM bangkit daripada ketinggalan untuk meraih keputusan seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia, awal pagi tadi.

Emam Ashour meletakkan Mesir di hadapan pada awal babak pertama sebelum Romelu Lukaku, yang dimasukkan selepas sejam permainan, memaksa pertahanan Mesir Mohamed Hany menjaringkan gol sendiri.

Ini merupakan penampilan keempat Mesir di pentas terbesar bola sepak dunia dan dengan baki perlawanan Kumpulan G menentang Iran serta New Zealand, mereka berharap dapat menamatkan badi tersebut di Amerika Utara.

Bagi Belgium, yang kini tanpa kemenangan dalam tiga aksi terakhir Piala Dunia sejak tersingkir di peringkat kumpulan pada 2022, kejohanan kali ini mungkin peluang terakhir buat sisa generasi emas mereka memperbaiki pencapaian tempat ketiga di Russia lapan tahun lalu dan akhirnya menjulang trofi utama.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor