Warga Myanmar maut lemas ketika mandi air terjun

TAIPING – Kegembiraan seorang lelaki warga Myanmar mandi-manda bersama rakan bertukar menjadi tragedi apabila mangsa ditemukan lemas di kawasan Waterfall Up String Greeneries Memorial Park, Jalan Tupai, Taman Saga di sini pada Isnin.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti mandi bersama empat rakannya di kawasan air terjun berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.01 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di lokasi, anggota bomba mendapatkan maklumat daripada pemanggil bagi mengesahkan kedudukan mangsa yang dipercayai tenggelam ketika mandi-manda.

“Operasi pencarian segera dijalankan di kawasan dasar air terjun sebelum mangsa berjaya ditemui timbul di permukaan air.

“Anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta jaket keselamatan menggunakan alat ‘gripping iron’ untuk menarik mangsa keluar dari dalam air.

“Mangsa kemudian dibawa ke tebing menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Sabarodzi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi di sungai, air terjun dan kawasan berisiko bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mazli A. Mutalib itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.08 tengah hari.

Related Posts

59 peserta Tafaqquh Fiddin tamat pengajian

TEMERLOH – Seramai 59 peserta, termasuk warga emas tekun mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin anjuran Yayasan Pahang di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam, dekat Temerloh Jaya sejak 312 minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Jawatankuasa khas banjir di Sepanggar dicadang – Mustapha ‎

KOTA KINABALU – Jawatankuasa khas bagi menangani banjir dicadang diwujudkan susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar.‎‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Kuasai AI secara serius, jangan biar teknologi hakis nilai kemanusiaan dan prinsip hidup – PM

Anak muda bukan hanya pemimpin masa depan, tetapi pemimpin masa kini – PM