Jerman belasah Curaçao 7-1

JUARA dunia empat kali, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan bergaya apabila membelasah pendatang baharu, Curacao 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E, awal pagi tadi.

Jerman menguasai permainan sejak wisel permulaan dan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Felix Nmecha meledak gol terpantas kejohanan setakat ini pada minit keenam hasil gerakan satu-dua menarik bersama Florian Wirtz.

Curacao yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia bagaimanapun memberikan tentangan apabila Livano Comenencia mencipta sejarah sebagai penjaring pertama negaranya di Piala Dunia menerusi gol penyamaan.

Namun kegembiraan Curacao tidak bertahan lama apabila Nico Schlotterbeck kembali meletakkan Jerman di depan menerusi tandukan hasil sepakan sudut.

Jerman terus menjarakkan kedudukan sebelum rehat apabila Nmecha dijatuhkan dalam kotak penalti dan Kai Havertz tenang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Selepas bersambung, Jerman meneruskan penguasaan dengan Jamal Musiala menambah jaringan selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan.

Pertahanan muda, Nathaniel Brown, kemudian menceriakan penampilan sulungnya di Piala Dunia dengan satu gol sebelum Deniz Undav dan Havertz melengkapkan kemenangan besar Jerman.

Kemenangan itu memberikan permulaan sempurna buat Jerman dalam usaha memburu gelaran dunia kelima, manakala Curacao pula terpaksa menerima hakikat pahit dalam penampilan pertama mereka di pentas Piala Dunia.

Related Posts

Carrick tunggu masa dipecat, United kalah 0-3 lawan Bournemouth

KRISIS melanda Manchester United semakin meruncing apabila tewas 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford lewat malam tadi, sekali gus mengundang tekanan hebat terhadap pengurus pasukan, Michael Carrick. Kekalahan tersebut menyaksikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa sekat permulaan sempurna City, menang tipis 2-1

PERMULAAN sempurna Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini lebur selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa di Villa Park, awal pagi tadi. Dua gol daripada Nicolas Jackson memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak