Jepun ikat Belanda 2-2

JEPUN mempamerkan semangat juang tinggi apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 2-2 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Texas, pagi tadi.

Selepas gagal menembusi benteng pertahanan Jepun pada babak pertama, Belanda memecah kebuntuan pada minit ke-51 menerusi tandukan kapten, Virgil van Dijk, hasil hantaran silang menarik Ryan Gravenberch.

Kelebihan itu hanya bertahan enam minit apabila Keito Nakamura melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan.

Belanda kembali mendahului pada minit ke-64 menerusi jaringan menarik Crysencio Summerville yang terkena tiang sebelum menerjah jaring.

Ketika Belanda dilihat hampir meraih tiga mata penuh, Jepun sekali lagi menunjukkan karakter mereka apabila menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat perlawanan.

Gol itu hadir menerusi tandukan pemain gantian, Koki Ogawa, hasil sepakan sudut sebelum bola terkena Daichi Kamada dan menerjah masuk ke dalam gawang.

Related Posts

Carrick tunggu masa dipecat, United kalah 0-3 lawan Bournemouth

KRISIS melanda Manchester United semakin meruncing apabila tewas 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford lewat malam tadi, sekali gus mengundang tekanan hebat terhadap pengurus pasukan, Michael Carrick. Kekalahan tersebut menyaksikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa sekat permulaan sempurna City, menang tipis 2-1

PERMULAAN sempurna Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini lebur selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa di Villa Park, awal pagi tadi. Dua gol daripada Nicolas Jackson memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak