4 sekeluarga maut, kereta dihempap treler

KUANTAN – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi maut apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, petang semalam.

Selain bayi berusia setahun, Nayla Afya Aizat, tiga lagi mangsa yang maut dikenal pasti A Halim Hasoon, 55; Rozita Buang, 58 dan Norbahyah A Halim, 26.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu.

Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat sekeluarga itu dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik.

Dalam pada itu, video dan foto yang tular di media sosial menunjukkan treler terbalik di pembahagi jalan, manakala kereta mangsa dihempap dan tersepit di bawah treler berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata Balai Bomba dan Penyelamat Bentong menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 4.35 petang sebelum lima anggota dikerahkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah Honda City dinaiki empat individu dan sebuah treler yang membawa habuk kayu.

“Semua empat penumpang Honda City berusia antara satu hingga 58 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu lori berusia 40 tahun mengalami kecederaan. Sebuah jengkaut digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta,” katanya melalui kenyataan.

Salahuddin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang