KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seluruh kaum Cina seperti yang ditularkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, dakwaan yang dikaitkan oleh pempengaruh media sosial, Datuk Eric See-To  (Lim Sian See) adalah fitnah serta merupakan satu bentuk manipulasi terhadap hantaran asal yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Menurutnya, hantaran berkenaan dibuat sebagai respons khusus kepada Eric serta ahli perniagaan, Albert Tei, bukannya ditujukan kepada mana-mana kaum atau masyarakat secara keseluruhan.

“Saya menegaskan bahawa hantaran asal di laman Facebook saya secara jelas hanya sebagai respon balas kepada Lim Sian See dan Albert Tei semata-mata.

“Perkara ini terbukti jelas dalam hantaran tersebut yang secara terang-terangan menyebut nama Lim Sian See dan Albert Tei, tanpa melibatkan mana-mana pihak lain,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sehubungan itu, Mohd Hisyamuddin berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang terlibat selepas pasukan peguamnya selesai meneliti semua kenyataan, tulisan dan hantaran berkaitan yang disebarkan di platform media sosial.

Beliau yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz menegaskan, satu laporan polis juga telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Saya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk tuduhan melulu, fitnah, mahupun pemutaran belit kenyataan yang menjejaskan reputasi saya. Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil serta-merta.

“Surat Tuntutan (Letter of Demand – LOD) kepada Lim Sian See dan mereka yang terlibat akan diserahkan dalam masa terdekat.

“Pihak kami juga telah meminta rakan-rakan media sosial serta pencipta kandungan (KOL) di seluruh negara untuk mengumpul bukti, melakukan tangkapan skrin (screenshot), dan menyimpan pautan hantaran (copy link) yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Hisyamuddin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak tertentu yang didakwa sengaja memutar belit hantarannya sehingga menimbulkan persepsi bahawa beliau menyerang seluruh kaum Cina.

Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang niat untuk mengguris hati atau menyinggung perasaan mana-mana kaum di negara ini, malah keharmonian masyarakat majmuk sentiasa menjadi keutamaannya.

“Walau bagaimanapun, segala kekhilafan dan salah faham yang tercetus sehingga menyinggung perasaan pihak yang tidak terlibat adalah amat saya kesali.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh dan akan lebih berhati-hati dalam setiap pengurusan hantaran media sosial pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta