Keterangkuman jadi teras memperkukuh Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Perpaduan negara tidak boleh dicapai hanya melalui kerjasama antara parti-parti politik sebaliknya perlu dibina atas asas keadilan, keterangkuman dan layanan sama rata kepada seluruh rakyat.

Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan mengutamakan perhatian terhadap peluang ekonomi, pendidikan, perwakilan dan keterangkuman dasar masih belum diberi perhatian sewajarnya susulan kekecewaan rakyat terhadap isu tersebut ketika ini semakin membimbangkan.

Menurut beliau, usaha mempertahankan Kerajaan Perpaduan dan memastikan kestabilan politik negara sememangnya penting namun kekuatan sesebuah kerajaan perlu disokong oleh dasar serta pentadbiran yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Perpaduan nasional tidak boleh dicapai secara tulen jika terdapat persepsi dasar kerajaan, pendekatan pentadbiran atau naratif awam lebih mengutamakan satu kelompok berbanding kelompok lain.

”Ini boleh menyebabkan sebahagian masyarakat berasa terpinggir, tidak diberi perhatian dan tidak didengari. Apa yang membimbangkan ialah apabila masih ada pihak sudah menikmati pelbagai manfaat terus menuntut lebih banyak kelebihan.

”Kadangkala sehingga menjejaskan peluang dan hak kumpulan lain yang masih berjuang untuk mendapatkan layanan adil serta pengiktirafan yang sama,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, kepelbagaian masyarakat yang dimiliki Malaysia sejak sekian lama merupakan kekuatan terbesar negara dan perlu terus dipelihara demi memastikan keharmonian sosial berkekalan.

Justeru, Ganabatirau berpandangan, usaha mempertahankan Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dilihat sebagai mempertahankan sistem atau dasar yang boleh mengukuhkan ketidakseimbangan sosial atau mewujudkan rasa tersisih dalam kalangan mana-mana komuniti.

“Jika kita benar-benar ikhlas mahu memelihara perpaduan negara dan memperkukuh kestabilan politik, tadbir urus negara mesti bersifat inklusif.

“Tiada mana-mana komuniti yang harus berasa terasing dan tiada rakyat yang sepatutnya dianggap sebagai warga kelas kedua dalam agenda pembangunan negara,” katanya.

Ganabatirau menegaskan masa depan Malaysia tidak boleh dibina melalui pemerkasaan terpilih, sebaliknya perlu berteraskan keadilan, maruah yang sama serta dasar yang mampu menyatukan seluruh rakyat.

“Kerajaan perlu mengakui golongan yang berdepan diskriminasi dan peminggiran lebih memahami kesan ketidaksamaan berbanding mereka yang terus menikmati pelbagai kelebihan dan keistimewaan.

“Malaysia yang benar-benar bersatu hanya dapat diwujudkan apabila setiap rakyat berasa dihormati, dihargai dan mempunyai kepentingan yang sama dalam membina masa depan negara,” katanya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes displin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan