Kanada hampir aib, sekadar seri 1-1 lawan Bosnia

PENYERANG gantian, Cyle Larin muncul wira Kanada apabila jaringan gol pada babak kedua memastikan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 itu terikat 1-1 dengan Bosnia dan Herzegovina dalam aksi pembukaan Kumpulan B, awal pagi tadi.

Kanada yang mendominasi sebahagian besar permainan hampir dikejutkan Bosnia sebelum Larin tampil menyelamatkan maruah pasukannya di hadapan penyokong sendiri.

Bosnia membuka tirai jaringan pada minit ke-21 menerusi Jovo Lukic yang menyempurnakan hantaran susulan sepakan penjuru untuk gol antarabangsa pertamanya.

Kanada menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang, namun ketumpulan penyudah menyebabkan mereka gagal memanfaatkan dominasi dimiliki.

Ketika Bosnia dilihat semakin hampir meraih tiga mata penuh, kemasukan Larin pada minit ke-76 mengubah rentak perlawanan.

Kurang tiga minit selepas dimasukkan, penyerang berusia 31 tahun itu bijak memusingkan badan dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan yang terkena pemain lawan dan menerjah gawang Bosnia untuk gol penyamaan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar