Piala Dunia: Korea Selatan atasi Republik Czech 2-1

KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min berdepan kritikan hebat daripada sebahagian penyokong negara itu selepas mempamerkan aksi kurang meyakinkan walaupun mencatat kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia 2026.

Penyerang berusia 34 tahun itu bergelut untuk memberi impak sepanjang perlawanan dan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum dikeluarkan pada minit ke-69 bagi memberi laluan kepada Oh Hyeon-gyu.

Korea Selatan akhirnya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih tiga mata pertama menerusi jaringan Hwang In-beom dan Hyeon-gyu, namun persembahan Heung-min tetap menjadi bahan perdebatan dalam kalangan peminat.

Pada penghujung perlawanan, kamera televisyen beberapa kali merakam Heung-min yang berdiri di tepi padang sambil memerhatikan rakan sepasukannya mempertahankan kelebihan tipis.

Rakaman itu kemudian tular di media sosial dan forum bola sepak Korea Selatan.

Sebahagian penyokong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap persembahannya, dengan ada yang berpendapat tempat pemain itu dalam kesebelasan utama perlu dinilai semula.

Malah, terdapat penyokong yang menggesa Hyeon-gyu diberikan peranan lebih besar selepas penyerang gantian itu muncul wira kemenangan Korea Selatan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar