Tiga motosikal remaja lumba haram disita dalam operasi bersepadu

SARATOK – Tindakan sekumpulan remaja menjadikan kawasan kampung sebagai litar lumba membawa padah apabila tiga buah motosikal disita polis dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang bermula pada 5 petang itu tertumpu di kawasan Kampung Pagan dan kampung berhampiran susulan aduan awam berhubung kegiatan tersebut.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi mengurangkan kes jenayah indeks di kawasan tumpuan selain meningkatkan kehadiran polis dalam komuniti.

“Pemeriksaan turut dijalankan terhadap individu dan kenderaan mencurigakan bagi mengesan kesalahan membabitkan jenayah, narkotik, komersial serta pelanggaran undang-undang jalan raya.

“Sepanjang operasi, polis memeriksa seramai 35 individu yang terdiri daripada 30 lelaki dan lima wanita serta 30 kenderaan melibatkan 25 motosikal dan lima kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu, sebanyak 10 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Tambahnya, tiga motosikal yang ditunggang remaja tempatan berusia antara 15 hingga 22 tahun itu pula disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Operasi tersebut membabitkan 11 pegawai dan anggota daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD), Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Balai Polis Saratok serta Cawangan Logistik.

Related Posts

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa