SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat di Kota Kinabalu.

Mantan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Vivian Wong Shir Yee berkata, pelaksanaan program tersebut bukanlah inisiatif yang diwujudkan secara tergesa-gesa, sebaliknya hasil perancangan, perundingan dan kajian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati hanya sekitar 20 peratus rakyat di negeri ini menggunakan pengangkutan awam, sekali gus menunjukkan kebergantungan tinggi terhadap kenderaan persendirian.

“Perkara ini turut menyumbang kepada peningkatan kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan bandar.

“Dapatan ini telah diteliti oleh LPKP Sabah sejak tahun 2022 dan menjadi asas kepada pembangunan rangka kerja SBST,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Vivian berkata, pelantikan pengendali SBST juga dibuat melalui proses tender yang ketat dan kompetitif bagi memastikan Sabah menerima perkhidmatan bas awam yang lebih boleh dipercayai, mampan serta diurus secara profesional.

Mengulas mengenai komposisi armada pada fasa pertama, beliau menjelaskan penggunaan gabungan bas mini dan bas bersaiz sederhana adalah berdasarkan keperluan operasi serta realiti setempat.

“Banyak laluan melibatkan kawasan sekolah, perumahan dan jalan yang tidak sesuai untuk bas besar dari segi kecekapan dan keberkesanan kos,” jelasnya.

Tambah beliau, fasa pertama juga penting bagi mengumpul data operasi dan jumlah penumpang bagi tujuan penambahbaikan pada fasa seterusnya.

Sejak pelancaran pada April 2026, lebih 30,000 perjalanan penumpang telah direkodkan, menunjukkan tanda awal penerimaan positif rakyat terhadap perkhidmatan berkenaan.

“Kejayaan SBST tidak hanya diukur melalui saiz bas, tetapi peningkatan jumlah penumpang, aksesibiliti serta pengurangan kebergantungan kepada kenderaan persendirian,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan kerajaan sentiasa terbuka untuk menambah baik perkhidmatan termasuk penggunaan bas lebih besar sekiranya permintaan penumpang meningkat.

“Saya yakin melalui penglibatan berterusan dan maklum balas rakyat, SBST akan berkembang menjadi sistem pengangkutan awam yang moden, cekap dan berpusatkan rakyat di Sabah,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik