Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, potensi itu wajar diterokai menerusi kerjasama lebih erat membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sukan air dari Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam.

Menurutnya, cadangan berkenaan pernah dibincangkan sebelum ini termasuk di peringkat negeri dan bersama kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan bagi mencari pendekatan terbaik untuk merealisasikannya.

“Kalau suatu hari nanti sukan air di Teluk Brunei ini menjadi kenyataan, saya yakin kawasan kita di utara ini akan menjadi salah satu lokasi yang dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu Teluk Brunei mempunyai acara sukan air yang mampu menarik penyertaan dan perhatian dari luar, sebagaimana acara-acara sukan antarabangsa yang berjaya mempromosikan destinasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Limbang 2026, di sini, pada Ahad.

Hasbi berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan adalah menggerakkan perbincangan pada peringkat NGO terlebih dahulu sebelum cadangan itu diperluaskan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, NGO sukan air di Limbang dan Lawas boleh bergabung dengan rakan-rakan dari kawasan lain di Sarawak termasuk Kapit dan Sibu, selain Sabah serta Brunei.

“Kalau NGO-NGO di Sarawak, Brunei dan Sabah dapat duduk bersama dan berbincang bagaimana hendak menjayakannya, saya yakin ia boleh menjadi satu kenyataan.

“Kita faham perkara ini melibatkan kawasan perairan dan sempadan antarabangsa, jadi sudah tentu ada proses serta perbincangan yang perlu dilalui,” katanya.

Menurut Hasbi, sambutan terhadap acara sukan air pada Pesta Limbang membuktikan bahawa sukan berkenaan mempunyai pengikut dan peminat yang ramai di kawasan utara Sarawak.

Sehubungan itu, beliau mahu penganjuran perlumbaan di Sungai Limbang dan Sungai Lawas terus diperkasakan dan seterusnya dibawa ke tahap lebih tinggi dengan penganjuran acara di Teluk Brunei.

“Sekarang kita berlumba di Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kita mahu naik satu tahap lagi.

“Saya mahu NGO-NGO sukan dan pencinta sukan air fikirkan perkara ini. Mungkin bukan kami nanti yang berlumba di Teluk Brunei, tetapi pengayuh serta pengendali bot laju generasi muda hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk peserta, pengunjung, penganjur dan masyarakat yang hadir dari jauh dan dekat bagi menjayakan Pesta Limbang 2026.

Beliau berkata, kehadiran ramai pengunjung sepanjang pesta itu menunjukkan program berasaskan kebudayaan, rekreasi dan sukan air mampu menjadi tarikan penting kepada Limbang.

Pada penghujung ucapannya, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang turut menyentuh perkembangan politik negeri dengan menyeru masyarakat Limbang dan Lawas supaya terus memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan.

Seruan tersebut dibuat secara terbuka dalam ucapannya selepas beliau menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Pesta Limbang 2026.

Related Posts

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

LIMBANG – Pesta Limbang 2026 yang berlangsung selama lima hari memberi impak positif kepada ekonomi setempat apabila nilai jualan peniaga dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, selain menarik kira-kira 30,000 pengunjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM