Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru rakyat negeri ini supaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan bagi menentukan hala tuju pentadbiran dan pembangunan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa kuasa menentukan masa depan negeri terletak di tangan mereka melalui proses demokrasi yang diamalkan negara.

“Saya mahu menyeru kepada semua yang hadir di sini dan yang mengikuti perkembangan di luar sana. Pada hari pengundian nanti, kita mahu peratusan keluar mengundi meningkat. Kita mahu rakyat memahami bahawa kuasa sebenar demokrasi berada di tangan mereka.

“Yang mampu memberi hukuman adalah pengundi. Yang menentukan masa depan negeri dan negara adalah rakyat sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Aminuddin berkata, setiap penyokong dan anggota parti perlu memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada keluarga, sahabat dan masyarakat mengenai kepentingan keluar mengundi serta membuat pilihan demi masa depan negeri.

Menurutnya, rakyat perlu didedahkan dengan nilai demokrasi, perpaduan dan kejayaan bersama supaya mereka memahami kepentingan penglibatan dalam proses pilihan raya.

“Marilah kita menerangkan kepada keluarga, sahabat dan masyarakat tentang pentingnya demokrasi, perpaduan, persahabatan dan kejayaan bersama. Inilah nilai-nilai yang mesti kita pertahankan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi memastikan agenda pembangunan, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan pelaburan dapat diteruskan.

“Jika kita benar-benar menyayangi negeri ini, jika kita mahu melihat pembangunan terus berjalan, ekonomi bertambah baik, peluang pekerjaan diwujudkan dan pelaburan terus meningkat, maka kita mesti memastikan rakyat keluar mengundi,” katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menyeru seluruh jentera parti supaya memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi dan terus mendekati rakyat sepanjang tempoh kempen.

Katanya, tempoh yang masih berbaki sebelum hari pengundian perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej perjuangan parti serta menjelaskan dasar dan hala tuju kerajaan kepada masyarakat.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun 2026.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pengundian awal bagi pilihan raya berkenaan akan berlangsung pada 7 Julai 2026.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa