Abdul Hadi rasmi Konvensyen Reset Malaysia esok

KONVENSYEN Reset Malaysia di Tanah Merah, Kelantan esok akan dirasmikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Konvensyen itu bakal berlangsung di Tapak Ekspo Kota Harmoni pada pukul 12.30 tengah hari dan dijangka menjadi medan gerakan Reset diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan hala tuju politiknya.

Berdasarkan hebahan di Facebook Reset Malaysia, konvensyen itu membawa mesej membina konsensus nasional baharu demi masa depan negara.

“Setiap negara akan sampai ke satu titik di mana rakyat perlu memilih untuk terus berpecah, atau kembali semula kepada titik asas-reset.

“Reset bermula dengan keyakinan bahawa negara tercinta ini mempunyai masa hadapan yang cerah dan mampu untuk bangkit,” katanya.

Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu mempelopori gerakan itu susulan pemecatannya daripada Bersatu.

Konvensyen itu dijangka dihadiri kira-kira 1,000 peserta mewakili 153 bahagian termasuk penyertaan 19 ahli Parlimen serta ribuan bekas ahli Bersatu yang menjadi pendukung di seluruh negara.

Related Posts

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA