KP JKOM cabar Albert Tei ‘bergaduh’ di gelanggang debat

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, mencabar ahli perniagaan, Albert Tei untuk berdebat secara terbuka bagi menjelaskan pelbagai isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Cabaran itu dibuat selepas Albert Tei bersama beberapa individu secara tiba-tiba muncul pada sidang media Syam Ghaz selepas beliau membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan itu berhubung gangguan ketenteraman selain mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap Kementerian Komunikasi.

“Saya akan sediakan pentas, kita berdua debat… selesai,” katanya kepada Albert Tei pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya, pada Khamis

Bagaimanapun, Albert Tei mengajukan beberapa soalan kepada Mohd Hisyamuddin antaranya bertanyakan apa bentuk gangguan yang dilakukannya.

“Saya nak tanya, apa kekacauan yang saya buat,” soalnya.

Menjawab pertanyaan itu, Mohd Hisyamuddin berkata, segala persoalan berkenaan wajar dibincangkan dalam sesi debat yang dicadangkan.

“Soalan awak simpan, kita berdebat berdua,” katanya.

Perkembangan itu dilihat membuka ruang kepada perdebatan terbuka antara kedua-dua individu berkenaan sekiranya cadangan tersebut direalisasikan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, dilaporkan Albert Tei serta beberapa individu beberapa kali mengadakan protes dan perhimpunan di pekarangan Kementerian Komunikasi di sini, dipercayai bagi membantah dakwaan sekatan terhadap akaun media sosialnya.

Related Posts

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Institusi raja tidak seharusnya diheret ke dalam percaturan politik atau dijadikan medan pertarungan kuasa, tegas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

HANGZHOU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia-China bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, sebaliknya berkembang menjadi persahabatan yang berteraskan kepercayaan dan keyakinan. Perdana Menteri berkata, asas berkenaan menjadi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440