PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sokongan bagi misi evakuasi perubatan dari Semenanjung Gaza susulan pembukaan semula pintu sempadan Rafah, sekali gus memberikan keutamaan penting kepada operasi kemanusiaan di wilayah yang diduduki itu.

Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq memaklumkan kepada pengamal media pada Rabu, bahawa pintu sempadan yang menghubungkan Gaza dan Mesir itu telah dibuka semula bagi membolehkan pergerakan keluar masuk bilangan penduduk yang terhad dari kedua-dua arah.

“Hari ini, PBB bersama rakan kongsi telah menyambung semula sokongan kami untuk proses evakuasi perubatan bagi penduduk yang memerlukan rawatan di luar Gaza. Kami juga menawarkan bantuan kepada mereka yang mahu pulang ke Gaza.

“Langkah ini menyusul selepas penutupan singkat pintu sempadan terbabit oleh pihak berkuasa Israel pada awal minggu ini,” katanya, lapor Anadolu.

Dalam perkembangan berkaitan, Haq turut menarik perhatian mengenai kelancaran proses penghantaran kargo kemanusiaan susulan pembukaan semula pintu lintasan Kerem Shalom, atau Karem Abu Salem, pada Selasa.

“Semalam, pintu lintasan Kerem Shalom dibuka semula bagi membolehkan urusan punggahan kargo bantuan memasuki Gaza. Pasukan kemanusiaan kami berjaya mengumpul bekalan makanan serta bahan api dari pintu lintasan itu pada Selasa, dan operasi pengumpulan berkenaan diteruskan lagi hari ini,” jelas beliau.

Meskipun terdapat perkembangan positif, Haq bagaimanapun mengingatkan bahawa akses untuk penyaluran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan secara keseluruhannya masih lagi terhad.

“Rakan sejawat kami memberi amaran bahawa Kerem Shalom kini merupakan satu-satunya pintu lintasan yang dibenarkan untuk membawa masuk kargo bantuan ke Gaza. Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk, sekali gus membataskan skala operasi kemanusiaan kami,” tambah beliau.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip