Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memohon Kementerian Kewangan mempertimbangkan kenaikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2027, sebagai langkah membendung peningkatan tabiat merokok dalam kalangan golongan muda.

Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N.V. Subbarow berkata, statistik terkini menunjukkan 43,019 pelajar sekolah menengah dan 341 murid didapati merokok, manakala perokok membelanjakan hampir RM700 setiap bulan untuk rokok yang mengandungi 6,000 bahan kimia.

“Harga yang lebih tinggi menjadikan produk tembakau kurang mampu milik, yang akan mengurangkan penggunaan keseluruhan dan menggalakkan pengguna berhenti atau mengurangkan tabiat merokok mereka.

“Ia juga akan menyukarkan remaja dan golongan muda untuk mula merokok. Justeru, CAP merasakan sudah tiba masa untuk cukai jualan mandatori ke atas rokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Subbarow yang juga aktivis anti merokok berkata, kenaikan cukai jualan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan secara purata RM16 bilion setiap tahun untuk merawat penyakit berkaitan merokok.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan langkah harga dan cukai sebagai cara yang berkesan untuk mengurangkan penggunaan tembakau, satu dasar yang didapati mempunyai kesan positif di banyak negara.

Belanjawan 2027 dijangka dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober ini.

Related Posts

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

SUBANG JAYA – Sebanyak 426 bangkai tikus berjaya dikutip dalam operasi pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15, semalam. MBSJ berkata, operasi berkenaan susulan tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang