Seminar Kenegaraan dan Integriti medium Strategik fahami Malaysia MADANI

TAWAU – Seminar Kenegaraan dan Integriti dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuhkan kefahaman masyarakat terhadap konsep Malaysia MADANI.

Pengarah UPPM Negeri Sabah, Datuk Awang Kadin Tang berkata, inisiatif itu secara tidak langsung memperkasa peranan pemimpin komuniti dalam menyokong agenda pembangunan negeri dan negara yang berteraskan integriti, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

“Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan lebih jelas mengenai kepentingan tadbir urus yang baik, kepimpinan beretika serta peranan pemimpin akar umbi dalam menyampaikan dasar dan aspirasi kerajaan kepada rakyat.

“Ia juga berjaya meningkatkan kefahaman peserta mengenai kepentingan memupuk semangat patriotisme, memelihara perpaduan masyarakat serta mengamalkan nilai integriti dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab di peringkat komuniti,” katanya semasa berucap pada seminar berkenaan yang dianjurkan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Jabatan Ketua Menteri Sabah di Dewan Masyarakat Tawau, pada Khamis.

Jelasnya, keyakinan bahawa ilmu, pengalaman serta jaringan kerjasama yang terjalin sepanjang seminar akan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan pemimpin komuniti yang lebih berwibawa, berintegriti dan berdaya saing.

“Adalah menjadi harapan agar segala pengetahuan yang diperoleh dapat diterjemahkan melalui tindakan dan perkhidmatan yang lebih cemerlang demi kesejahteraan serta kemajuan masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia, para penceramah, urus setia dan semua peserta yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang seminar berlangsung.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Nordin Lossin dan Ketua Cawangan SPRM Tawau, Penolong Pesuruhjaya Richard Hii Ding Yin. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dan Ketua-Ketua Anak Negeri.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM